Saturday, September 25, 2010

BAB HAMZATAIN MIN KALIMATAIN

BAB HAMZATAIN MIN KALIMATAIN
Imam Abu Jaafar dan Ruwais baca tashil hamzah kedua. Dan terdapat perbezaan antara bacaan Abu jaafar dengan Qalun.

Apabila bertemu dua huruf hamzah Qata’ yang berbeza baris dalam dua kalimah, maka Imam Ruwais akan baca seperti berikut:

- Seperti kalimah تفىءَ إِلى , huruf hamzah pertama baris atas(fatah) & huruf hamzah kedua baris bawah(kasrah), maka bacaan tashil hamzah yang kedua.

- Seperti kalimah (جاءَ أُمة) , huruf hamzah pertama baris atas(fatah) & huruf hamzah kedua baris depan(Dhommah), maka bacaan tashil huruf hamzah kedua.

- Seperti kalimah (السفهاءُ أَلا), huruf hamzah pertama baris depan(dhommah) & huruf hamzah kedua baris atas(fatah), maka bacaan dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Wau(و) menjadi
(السفهاءُ وَلا).

- Seperti kalimah (من السماءِ أَوائتنا), huruf hamzah pertama baris bawah(kasrah) & huruf hamzah kedua baris atas(fatah), maka bacaan dengan ibdal(tukar) hamzah kedua dengan huruf Ya(ي) menjadi
(من السماءِ يَوائتنا)

- Seperti kalimah (يشاءُ إِلى), huruf hamzah pertama baris depan(dhommah) & huruf hamzah kedua baris bawah(kasrah), maka bacaan dengan dua wajah:

(ا) Tashil huruf Hamzah kedua.
(ب) Ibdal huruf hamzah kedua dengan huruf Wau(و ) menjadi (يشاءُوِلى)

Imam Rauh baca dengan tahkik pada kedua-dua bahagian sama ada sama baris atau tidak sama.

BAB HAMZATAIN MIN KALIMAH

BAB HAMZATAIN MIN KALIMAH
• Telah membaca imam Ruh dengan tahkik hamzah kedua tanpa idkhol sama ada kedua-dua hamzah sama baris atau berbeza baris.
• Seperti contoh;
1) ءأنذ رثهم
2)أءنّا  
3)أءنزل
• Imam Abu Jaafar membaca tashil hamzah pertama dan idkhol pada huruf hamzah kedua sama ada sama baris atau berbeza baris seperti contoh di atas.
• Imam Yaakub membaca seperti Imam Ruh.
• Imam Ruwais baca dengan satu hamzah sahaja pada kalimah (أءمنتم)
• Imam Abu Jaafar baca dengan satu hamzah pada kalimah (لأنت)
• Imam Kholaf baca dengan satu hamzah pada kalimah (أأن كان)
• Imam Abu Jaafar dan Yaakub baca dengan dua hamzah pada kalimah (أأذهبتم)
• Imam Abu Jaafar baca dengan satu hamzah pada kalimah (أءذا)

BAB MAD WAL QASR

BAB MAD WAL QASR


وَمَا انْفَصَلَ اقْصُرَنْ وَمَدَّهُمُ وَسِّطْ
(أ) لاَ ( ﺤ )-زْوَبَعْدَ الْهمْزِ واللّينُ (أ) صِّلا َ




Pada hukum Mad Munfasil,Mad Lin dan Mad badal,Abu Jaafar akan membaca dengan 2 harakat.

Jika dalam satu kalimah terdapat 2 huruf hamzah Qato’ (ء), sama ada kedua-dua huruf hamzah tersebut sama baris

ataupun tidak,seperti ( ءَأَنْذَرْتَهُم ),( أَئِذَا ), maka Abu Jaafar akan membaca dengan tashil pada huruf hamzah ( ء )

pertama dan idkhal pada huruf hamzah ( ء ) kedua.

Manhaj Bacaan Imam Yaakub

Imam Yaakub akan membaca Mad Muttasil dengan kadar empat (4) harakat dan mad munfasil dengan kadar dua (2) harakat.



Imam Kholaf


Imam Kholaf akan menaqalkan kalimah ( وَسئَلوا ) dan) ( فَسْئَلوا )yang terdapat di dalam al-Quran menjadi ( وَسَلُوا ) dan ( فَسَلُوا ).

BAB HA' KINAYAH

BAB HA’ KINAYAH


وَسَكَّنْ يُؤدِّهْ مَعْ نُوَلَّهِ وَنُصْلِهِ
وَنُؤْتِهْ وَأَلْقِهْ ( أ ) لَ والقَصْرُ (ﺤ ) مُلاَ

كَيَتَّقِهْ وامْدُدْ ( ﺟُ ) دْوَسَكَّنْ ( بِ )ﻪ وَيَرْ
ضَهُ (ﺟَ )ﺂ وَقَصْرُ ( ﺣ ) ﻢ والإشباع ( بُ )جَّلاَ



Pada bab Ha’ Kinayah
Bacaan Abu Jaa’far mensukunkan huruf Ha’pada lima lafaz iaitu:

• يُؤَدِّهِ إِليكَ Surah Al- Imran

• نُوَلَّهِ ماَ تَوَلَّى Surah An-nisa

• وَنُصْلِهِ Surah An-nisa

• نُؤْتِهْ مِنْهَا dua tempat dalam surah al-imran dan satu tempat dalam surah as-syuara

• فَأَلْقِهْ dalam surah an-namlu





Bacaan yaakub mengikhtilaskan ( bacaan laju) huruf ha’ dalam kesemua lafaz.

َيَتَّقِهْ وامْدُدْ جُدْ ))

Bacaan Ibnu Jammaz dan Yaakub mngikhtilaskan يَتَّقِهْ dalam surah an-nur.


Bacaan Ibnu Wardan mensukunkan huruf ha’ dalam يَتَّقِهْ

Bacaan ibnu jammaz mensukunkan huruf ha’ dalam يَرْضَه



-Bacaan yaakub membaca dengan قَصْر (pendek) pada kalimahُ يَرْضَه

-ibnu wardan membaca dengan إشبابع ( panjang dengan kadar 6 harakat )

وَيأَتِهْ ( أ ) تَى ( ﻳُ ) شْرٌ وَبِالقَصْرِ ( ط )فْ وَأَرْ جِهْ
( ب) نْ وَأَشْبِعْ ( ﺟُ ) دْ وَفي الكُلٌ ( ﻓ )ﺂ نْقُلاَ

-Bacaan abu jaafar dan ruh menishba’kan huruf ha’ pada kalimah وَمَنْ يَأ تِهِ مؤْمِنَا


-Ruwais membaca huruf ha’ dengan pendek pada kalimah يَأ تِهِ




-Ibn wardan membaca dengan pendek huruf ha’ أَرْجِهْ dalam surah ah-a’raf dan as-syuara.


-Ibn Jammaz dan Ruwais mengkasrahkan dalam dua keadaan

-Kholaf memcasa dengan isba’ dan mengkasrahkan huruf ha’



وَفيْ يَدِهِ القِصْره (ط)لْ وَ ( بِ )ن تُرزَقانِه
وَهَا أَهْلِهِ قَئِلَ امكُثوا الكسر ( ف) صَّلاَ


Ruwais membaca dengan pendek huruf ha’ dalam (بِيَدِهِ عُقْدَةُ النَّكَاحِ) و( بِيَدِهِ فَشَرِبوُا مِنْه ) Dua tempat dalam surah al-baqarah.


Ibn wardan membaca dengan pendek huruf ha’ تُرزَقانِه dalam surah yusuf



Kholaf al-Asyir mengkasrahkan huruf ha’ dalam dua tempat iaitu surah taha dan al-qasas.
Manhaj Bacaan Abu Jaafar

BAB IDGHAM KABIR

IDGHAM KABIR


ABU JAAFAR

- Abu Jaafar akan mengidghamkan huruf ta’ (ت) pada huruf dzal (ذ) pada kalimah ( اتخذتم ).

Contoh:
( ُثم اتخَذْتُم ) dibaca ( ثم اتخَذتّم )
(لئن اتخَذْتَ ) dibaca ( لئن اتخَذتّ )


Dalil ad-Durrah:

فان خلقوا أذكر والا فأهملا


IMAM YAAKUB

ـط (ﺤ) وبا الصاحب ادغم


- Imam Yaakub hanya mengidghamkan kalimah-kalimah tertentu sahaja.

- Idgham kabir (Mislaini)
(والصاحب الجنب) di dalam surah an-Nisa’. Selain daripada tempat ini, akan dibaca dengan idzhar.


- Dalam bab Idgham Soghir, Imam Yaakub akan membaca dengan idzhar pada semua keadaan, iaitu:

ا .Pada bab Dzal (ذ) Idz (اذ).
ب. Pada bab Dal (د) Qad (قد).
ت. Pada bab Ta’ Ta’nis (ت).
ج. Pada bab Lam (ل) Hal(هل) dan Bal (بل).

~ Kecuali pada kalimah (اخذت) atau (اخذتم), riwayat Rauh akan membaca dengan idgham.

1.Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham Soghir:

واظهر اذ مع قد وتاء مؤنث
ـز وعند لثاء للتاء (ف)ـصلا (ﺤ) )لا أ )
وهل بل فتى هل مع ترى ولبابغا
ـﻭلا (ﺤ)نبذت وكاغفرلي يرد صاد
اخذت (ط)ـل



IMAM KHOLAF


وعند الثاء للتاء (ف)ـصلا
وهل بل (ف)ـتى
ـمى (ف)ـد لبثت عن ـهما (ﺤ) اورثتم
ـط وسين مي ـم فز (ﺤ) ويسن نون ادغم (ف)ـدا


- Merujuk pada Matan di atas,Imam kholaf akan megidzharkan huruf ta’ ta’nis (ت) apabila bertemu dengan huruf tha’(ث) seperti (كذبت ثمود) dan akan membaca dengan idgham apabila bertemu dengan baki huruf yang lain, iaitu huruf ج, ظ ز, ص, س.



- Bagi Idgham Soghir dalam bab Lam (ل) (هل) dan بل)), imam Kholaf akan membaca dengan idzhar sama ada (بل) bertemu dengan huruf) س) ,(هل) bertemu ث atau (هل) dan (بل) bertemu huruf ) ت.(


- Imam Kholaf akan membaca dengan idzhar apabila huruf tha’ (ث) bertemu dengan huruf ta’ (ت), seperti (اورثتموها) pada seluruh al-Quran. Begitu juga pada kalimah (لبثت) dan (لبثتم).

- Imam Kholaf akan memebaca dengan idgham pada huruf nun (ن) yang terdapat pada awal surah Yasin dan surah al-Qalam, iaitu (ن القلم) dan (يس والقران الحكيم). Imam Kholaf juga akan mengidghamkan huruf sin (س) yang bertemu dengan huruf mim (م) pada (طسم) di awl surah as-Syu‘ara’ dan al-Qasas.


- Imam Kholaf akan membaca dgan idzhar pada kalimah (اركب معنا) di dalam surah Hud.

Dalil ad-Durrah dalam bab Idgham soghir:

وفى اركب (ف)ـشا الا

BAB UMMUL QURAN

BAB UMMUL QURAN


ز (ف) ز والصراط (ف) أسجلا (ﺣ) ومالك
وبالسين ( ط ) ب


ABU JAAFAR

-Merujuk pada Matan di atas,Pada kalimah مالك di dalam surah al-Fatihah , Abu Jaafar akan menghazafkan alif (ا) dan dibaca ( ملك )

-Manakala dalam soal Mim Jama’,Imam Abu Jaafar membaca dengan silah pada semua mim jama’ ketika wasol iaitu pada kalimah
( هم ,هم , كم ، ( تم
Dalil ad-Durah dalam bab Ummul Quran :
صل ( أ ) وصل ضم ميم الجمع


IMAM YAAKUB

-Berdasarkan Matan di atas,Pada kalimah ( مالك ) didalam surah al-fatihah,Imam Yaakub akan mengisbatkan huruf alif ( ا ) selepas huruf mim ( م )
-Pada kalimah ( الصراط ) sama ada ( ال ) ataupun tidak , riwayat Ruwais akan membaca dengan sin
( س ) menjadi ( السراط ) pada seluruh al-Quran.





-Dalam bab Mim Jama’ pula,Imam Yaakub akan mendommahkan huruf Ha Dhomir ( ھ ) sama ada huruf Ha Dhomir ( ھ ) tersebut jama’ muzakkar atau jama’ muannas atau muthanna dengan syarat sebelumnya ada huruf ya ( ي ) yang sukun ( º ).

Dalil ad-Durrah dalam bab Ummul Quran :
للا عن الياء إن تسكن سوى الفرد (ﺣ) والضم في الهاء

Jika mim jama’ bertemu dengan huruf hamzah wasol (ﭐ ) maka Imam Yaakub akan membaca dengan dua wajah :

1- Jika sebelum huruf ha ( ھ ) ada huruf ya ( ي ) yang sukun ( º ) , maka huruf ha ( ھ ) tersebut akan didommahkan.

2- Jika sebelum huruf ha ( ھ ) tiada huruf ya ( ي ) yang sukun ( º ) , maka huruf mim ( م ) akan dikasrahkan.

Dalil ad-Durrah dalam bab ummul Quran :
ز (ﺣ) وقبل سا كن أتبعا


IMAM KHOLAF

- Pada kalimah ( مالك ) didalam surah al-fatihah , imam Kholaf pula akan membaca dengan ithbat Alif ( ا )

-Pada kalimah ( صراط ) dan (الصراط ) yang terdapat pada seluruh alQuran. Imam Kholaf akan membaca dengan shad ( ص )

- dalam bab Mim Jama’ pula,Imam Kholaf akan membaca dengan kasrah huruf Ha ( ھ ) pada kalimah ( عليهم ) ( إليهم ) dan ( لديهم )

Dalil ad-Durrah dalam bab Ummul Quran :
واكسر عليهم إليهم
Bab Basmalah


فاءن خالفوا أذكر وإلا فأهملا
وبسمل بين سورتين ( أ ) ئمة


IMAM ABU JAAFAR

- Merujuk pada matan yang kedua di atas, imam Abu Jaafar membaca basmalah antara 2 surah kecuali antara surah al-Anfal dan at-Taubah.

IMAM YAAKUB

- Imam Yaakob pula membaca basmalah dan tanpa basmalah ( saktah dan wasol ) antara 2 surah kecuali antara surah al-Anfal dan at-Taubah ( Tanpa Basmalah )

Dalil ad-Durrah dalam bab basmalah :
فاءن خالفوا أذكر وإلا فأهملا


IMAM KHOLAF

- Manhaj Imam Kholaf banyak persamaan dengan manhaj Imam Hamzah.
- Tidak membaca basmalah antara 2 surah.